KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
1000000972

[UTUSAN] HARI ITU SUDAH BERLALU [RAK122]

RM 33.00

Buku ini memuatkan tulisan-tulisan Zainuddin Maidin (ZAM) dalam kolum Mingguan Malaysia dari 13 September 2009 hingga 28 Mac 2010. Di samping itu dimuatkan juga tulisan-tulisan beliau yang masih belum tersiar. Banyak peristiwa menarik yang diceritakan kembali oleh beliau, yang kadangkala tidak disiarkan untuk tatapan umum di akhbar. Catatan-catatan ini menambahkan lagi bahan menarik untuk dibaca dalam buku ini.


Penulisan buku ini adalah berdasarkan pengalaman beliau dalam dunia kewartawanan selama lebih 30 tahun dengan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd. ZAM berpendapat pengalaman wartawan mempunyai nilai besar kerana ia membabitkan peristiwa-peristiwa bersejarah dan tentu menarik minat kepada para pengkaji atau peminat sejarah pada masa akan datang. Wartawan adalah saksi sejarah. Pengalamannya adalah cerita peristiwa. Ja melangkaui memoir dan autobiografi, la bukanlah buku akademik tetapi fakta dan bahan penulisannya amat sesuai dijadikan rujukan sama ada pelajar ataupun pembaca umum.


Tulisan beliau yang tersiar dalam kolum Mingguan Malaysia ini telah mendapat sambutan pembaca dan ramai yang meminta supaya dibukukan. Atas permintaan ramai ini, tulisannya dibukukan dan diberi judul Hari Itu Suulah Berlalu. Adalah diharapkan buku ini dapat menjadi bacaan yang baik kepada para pembaca seperti buku-buku beliau sebelum ini jaitu Tun Razak-Jejak Bertapak Seorang Patriot, Mahathir di Sebalik Tabir, Yang Terbaik daripada Awang Selamat dan Wira Tak Didendang. Mahathir di Sebalik Tabir telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina dan Tamil dan mendapat sambutan hangat daripada pembaca.