
(NUHA) ANTOLOGI PUISI HARI SASTERA XVIII : SINGGAHLAH DARI KARTIKA KE KARTIKA SEHINGGA KAUGENGGAMI MAKNA [RAK TV 1]
Pengertian bangsa yang merdeka tidak terhad kepada tafsiran merdeka dari sudut lateral sahaja, bahkan mencakup ruang luas tanpa sempadan. Terokalah dari satu ruang ke suatu ruang; bebas menikmati dan menterjemah rasa dalam landas makna akal dan budi bangsa dengan sekian banyak persinggahan yang mendewasakan. Dalam setiap persinggahan, rauplah pengalaman menggali makna kehidupan untuk diterjemahkan kepada sesuatu yang bermakna, demi agama, bangsa dan negara. Seperti itulah ungkapan para penyair dalam Singgahlah dari Kartika ke Kartika Sehingga Kaugenggami Makna.
Singgahlah Dari Kartika ke Kartika Sehingga Kaugenggami Makna menghimpunkan karya daripada lebih 150 penulis yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan yang bernaung sebagai badan gabungan di bawah Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) juga penyair mandiri yang ingin berkongsi aspirasi mereka.
Naskhah ini adalah inisiatif GAPENA dan Nuha Books. Antologi ini diterbitkan khas bersempena Hari Sastera ke-18 yang bertemakan Islam dan Sastera Kebangsaan yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 4-6 Ogos 2022