
[KARNADYA] SIAPA NAK KAHWIN NI? [RAK104]
Aku, Eloise Manfred akan merancang perkahwinanku secara terperinci dalam lembaran Majalah Wow Weddings. Gambarku diambil ketika sedang memilih gaun pengantin, kasut, bunga, katerer, dewan di mana majlis akan dilangsungkan, kad jemputan dan segala-galanya. Puluhan ribu pembaca Wow akan melihatku melawat Hotel Mewah Hudson dan Waldorf-Astoria untuk majlis jamuanku. Aku akan bergambar di Tiffany, Fifth Avenue dengan angkuh menolak cincin perkahwinan berharga puluhan ribu hanya kerana ia bukan idamanku. Kesemua perbelanjaan ini ditanggung!
Eloise Manfred dan Philippa Wills begitu teruja apabila perkahwinan mereka akan ditaja. Dalam sekelip mata, kontrak terus ditandatangani tanpa sebarang prasangka. Tapi, betulkah ianya benar-benar 'percuma'?