KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
ShowImage

(DBP) RETRORIK : YANG INDAH ITU BAHASA [RAK 121]

RM 25.00

Retorik ialah keberkesanan menggunakan bahasa yang tepat pada waktu dan situasinya. Sejak Zaman Aristotle, retorik menjadi subjek wajib dalam sistem pendidikan. Keupayaan bertutur dengan baik adalah hasil berfikir yang bersistem. Ketepatan makna akan tercapai dengan pemilihan kalimat yang sesuai, dan susunan kalimat serta inovasinya mampu merangsang atau mengendurkan sikap audiens.
Buku ini, Retorik: Yang Indah Itu Bahasa cuba menelusuri perkembangan retorik sejak Zaman Yunani, membawa ke Zaman Rom, seterusnya merentasi Zaman Peradaban Pertengahan, Zaman Kebangkitan sehingga ke Zaman Moden. Pada satu tahap dalam sejarah perkembangannya, retorik terlucut keperkasaannya.
Apabila logosnya digugurkan, maka yang tinggal ialah gaya dan stilistik, iaitu "hanya retorik", sebagaimana yang difahami secara meluas. Fahaman ini amat tidak adil kepada retorik, yang mulia perjuangannya. Beberapa pakar retorik Zaman Moden berusaha menggilap semula kecemerlangan retorik dengan menyuntik persepsi baharu yang segar dan yang memanfaatkan bidang komunikasi.