KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
menara

MENARA ISA KAMARI (RAK82)

RM 25.00

Hari ini adalah hari yang bersejarah baginya. Namanya diabadikan sebagai jasawan kota. Seorang kehormat akan menganugerahkan darjat kemuliaan kepadanya kerana telah berjaya mendirikan sebuah pencakar langit yang dapat melambangkan kemegahan kehidupan kota yang serba moden. Setiap penduduk kota akan mengingati jasanya. setiap akitek di kota ini akan mencemburui kejayaannya.

Tetapi, dia lebih mengetahui bahawa gambaran tersebut adalah suatu kelucuan. Dia lebih sedar bahawa bangunanya adalah lambang kepuraan-puraan belaka.

Hari ini adalah hari pendedahan. Dia akan memaparkan keoloka-olokan tersebut kepada masyarakat. Dia akan menunjukkan betapa kosongnya bangunan yang tersergam indah ini dari roh kemuliaan.