KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[UBS] MELUKIS DENGAN HATI OLEH ZUNAR [RAK 09]

RM 198.00

ISBN 13: 9789672666998
List Price: RM198.00

Size: 30.3(W) cm x 24.6(H) cm

Pagination: 230 pages

Format: Hard Cover

Buku ini adalah dokumentasi lengkap perjalanan seni kartunis Zunar selama lebih 50 tahun, bermula sejak kali pertama lukisannya disiar dalam majalah Bambino 1976. Ia melewati empat era - iaitu alam sekolah, era Gila-Gila/Berita Harian, era Reformasi, Era Malaysiakini dan sehinggalah era 1MDB.

Ia ditulis sendiri oleh Zunar berdasarkan catatan-catatan dan dukomentasi yang beliau kumpul sepanjang tempoh itu.

Ia dipersembahkan secara kronologi yang turut merakam cabaran-cabaran yang Zunar hadapi sebagai kartunis seperti pengharaman buku, penangkapan dan pendakwaan serta travel ban.


Juga dicatat pencapaian Zunar di luar negara dengan anugerah seperti Courage in Editorial Cartooning Award 2011, by Cartoonists Rights Network International Washington; Cartooning For Peace Award 2016, Geneva (presented by Kofi Annan); International Press Freedom Award by The Committee to Protect Journalist New York 2015 dan beberapa lagi.


Juga direkod pameran-pameran beliau di luar negara seperti

di Bilbao, Spain; University of Louisville, Kentucky USA; British Cartoon Museum, Malmo (Sweden), Lac Leman, Geneva, dan City of Morges di Switzerland.

Di dalam buku ini juga disertakan satu bab mengenai falsafah Zunar dalam berkartun seperti "Bakat Bukan Anugerah, Tapi Sebuah Tanggungjawab" dan "How Can I be Neutral, Even my Pen Has a Stand."


Juga turut dijelaskan bagaimana kaedah lukisan kartun Zunar dilakukan dan apa yang tersimpan di hati beliau ketika melukis. Setiap bab disertakan dengan lukisan-lukisan kartun serta gambar-gambar berkenaan.

Buku ini dihasilkan oleh Zunar dengan tekad untuk bersama-sama membangun negara tercinta, Malaysia.

Ia amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelukis-pelukis muda, mahasiswa, peminat seni, pelajar undang-undang, golongan profesional dan masyarakat secara amnya.