[TK] Memaafkan Tidak Semestinya Melupakan oleh Syakir Azhari [RAK B-3B]
Adakalanya kita menyangka bahawa memaafkan itu semudah melafazkan kata “aku maafkan”. Namun, benarkah hati kita benar-benar telah sembuh, atau sekadar penat menanggung luka?
Buku ini mengajak pembaca menyelami makna sebenar kemaafan...bukan sekadar pada ucapan, tetapi pada kejujuran hati. Ia membuka ruang refleksi tentang perasaan yang sering kita pendam, tentang luka yang belum selesai, dan tentang hakikat bahawa tidak semua “maaf” lahir daripada ketenangan, tetapi ada yang datang daripada keletihan.
Melalui penulisan yang mendalam dan menyentuh jiwa, buku ini membimbing kita memahami bahawa memaafkan bukan semestinya melupakan, tetapi menerima dengan ikhlas dan berdamai dengan diri sendiri. Sebuah perjalanan emosi untuk mengenal erti kemaafan yang sebenar.