[PENAPADU] Antologi Cerpen Jemari Emas : Jambangan Pelangi [RAK 105]
Antologi Cerpen Jambangan Pelangi mengungkapkan kisah kemanusiaan dan nilai-nilai kehidupan dalam masyarakat. Terdapat 18 judul cerpen karya 10 orang penulis termuat dalam sebuah antologi ini yang sarat mengisahkan perjalanan kehidupan insan yang tidak lari dari diterjah permasalahan, badai, dugaan dan cabaran. Penceritaan kisah kehidupan yang pelbagai melalui 18 judul cerpen pastinya ada yang menyamai perjalanan dan liku kehidupan bakal pembaca. Ada kisah masalah sosial, kepincangan kehidupan berumah tangga, perceraian, kisah perjalanan ketuhanan malah kisah kehilangan yang sukar untuk dilupakan. Penulis berjaya menggarap penceritaan dengan kemas, padat dan mantap yang sarat dengan iktibar dan pedoman selain menyuntik semangat yang tinggi dalam melayari bahtera kehidupan. Semoga kesemua kisah kehidupan yang dipaparkan dalam Antologi Cerpen Jambangan Pelangi ini dapat memberi secebis pembelajaran dan pengajaran buat semua pembaca.