[NUKTAH] Jangan Tinggalkan Ayah oleh Khairi Ismail [RAK B3B]
"Kenapa dia pergi sebelumku?"
Buku ini bukan sekadar coretan kerinduan seorang ayah dalam menghadapi realiti pemergian dua orang anak yang masih kecil, tetapi juga pedoman yang dibina atas dalil al-Quran dan al-Sunnah sebagai pengubat duka dan penyembah jiwa.
Naskhah ini bukan hanya untuk kalian yang pernah kehilangan, bahkan untuk senua ibu ayah — sebagai peringatan bahawa setiap anak adalah ananah, dan dalan setiap ujian, pasti mengandungi rahmat.
Jangan biarkan diri kalian terus menangis sendiri.
Khairi Ismail berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan merupakan graduan Bahasa Arab & Fiqh Islami daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bergiat aktif dalam bidang penulisan dan telah menerbitkan lebih 15 buku, Pernah melalui 2 episod kehilangan anak dalam 2 siri kemalangan berbeza;
Januari 2023: Muhammad Nuh Azka (6 tahun)
Januari 2024: Muhammad Lut Azfar (dalam kandungan)