[NASEEHAT] Tuhan Tak Pernah Pergi 2 oleh Iddin Ramli [RAK D103]
Al-Quran adalah peta perjalanan untuk kita pulang. Pulang dari resah kepada tenang, dari luka kepada reda, dari tidak bererti kepada bermakna, dari sepi kepada kasih-Nya.
Di dalamnya, setiap ayat adalah pelukan, usapan kepada air mata yang tidak henti berguguran, kesedaran dan juga harapan. Al-Quran mengajarkan bahawa sakit pun akan indah jika bersama Allah dan kehilangan pun akan menjadi jalan menemukan diri sendiri.
Tuhan Tak Pernah Pergi edisi kedua mengajarkan kita untuk sedar bahawa, bersama Al-Quran, kita tidak pernah benar-benar sendiri melainkan kita sentiasa ditemani oleh Allah yang lebih dekat berbanding urat nadi. Pada setiap penanda yang berwarna, pasti membuahkan makna yang menyedarkan kita tentang kedekatan Allah di dalam hidup kita.