
[KARNADYA] MALAM YANG INDAH [RAK104]
Fikir-fikirkan dulu sebelum teringinkan sesuatu. Mana tahu mungkin anda akan mendapatnya!
Selama ini, Billy Rendall, Eksekutif Akaun yang berusia 32, tahu apa yang dia inginkan. Sepatutnya dia dinaikkan pangkat kepada Naib Presiden di syarikat Harper Frankwell. Dia juga seharusnya mendapat tumpuan suaminya Chris, yang kini semakin berjarak dengannya. Malah, dia inginkan perhatian romantik daripada rakan sekerja di ofisnya, iaitu Evan.
Dia mengadu kepada juruterapinya, Blinda dan kerana itu, Blinda memberinya patung katak' yang kononnya akan membawa nasib yang baik.
Tiba-tiba sahaja, semuanya berubah. Chris mula mendekatinya semula, begitu juga Evan. Kini, Billy sudah pun dilantik sebagal Naib Presiden (tapi tak ada yang ingat bila dia dinaikkan pangkat). Malangnya... segala apa yang diperolehnya ini, datang dengan pelbagai masalah.
Bacalah novel ini untuk ketahul apa yang terjadi kepada Billy Rendall akhirnya.