
[KARNADYA] AZAM TAHUN BARUKU [RAK104]
Kisah seorang gadis yang bijak, tetapi menghadapi kepayahan untuk menyesuaikan diri dalam dunia realiti.
"Payahnya aku nak sesuaikan diri dalam dunia yang gila ini. Kalaulah dunia boleh berubah untuk mengikut rentakku, alangkah indahnya."
Malangnya, memang tidak mudah bagi Carrie Pilby untuk menyesuaikan diri dan akhirnya dia lebih rela untuk berputus asa sahaja. Dalam masa setahun setelah meninggalkan kolejnya. gadis pintar yang berusia sembilan belas tahun itu, percaya bahawa manusia yang ditemuinya, semuanya tak bermoral, gila dan hipokrit. Hanya juruterapinya sahaja yang sesuai untuk dirinya meluahkan perasaan.
Apabila Carrie diaturkan cara-cara untuk membawa perubahan pada dirinya oleh juruterapinya itu, dia lebih suka sekiranya dibiarkan sahaja dirinya sendirian di dalam bilik! Namun, dia terpaksa juga mencari jalan untuk menghayati kehidupan dari pandangan yang berbeza.
Jom kita ikut Carrie dan lihatlah apa yang dia lihat dari sudut matanya ini. Sama-samalah kita kongsi rasa lucu dan pelik bagi gadis bijak ini.