[ITBM] Kombo Buku 40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar [RAK100/54]
KOMBO 2 BUKU RM140.00
EDISI KEDUA 40 HADIS PELESTARIAN ALAM SEKITAR
Kemelut alam sekitar kini semakin meruncing. Banyak pemimpin, ahli sains, pemikir, tokoh masyarakat, dan aktivis mengakui kenyataan bahawa alam sekitar semakin tercemar dan kian membahayakan kehidupan manusia: Perubahan iklim, peningkatan suhu bumi, ketidaktentuan cuaca, peningkatan aras laut, lambakan sampah sarap, jerebu merentasi sempadan, pemusnahan hutan, pencemaran sungai dan sebagainya. Susulan itu, hampir semua negara di seluruh dunia bersetuju menandatangani Perjanjian
yang bermatlamat melaksanakan pembangunan mampan sebagai usaha mengubah
tatacara pembangunan agar lebih mesa alam. Malahan, banyak negara telah mengisytiharkan Darurat Perubahan Iklim (Climate Emergency) dan mengharamkan penggunaan bahan api fosil menjelang
2030. Oleh itu, apakah tindakan drastik yang perlu dilakukan oleh setiap warga dunia, termasuk umat Islam? Adakah amalan melestarikan bumi terangkum dalam kerangka ibadah dan tuntutan keimanan?
40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar Edisi Kedua mengemukakan prinsip dan amalan yang difahami daripada 40 hadis sahih dan hasan terpilih. Pengarang menghuraikan ajaran Nabi Muhammad SAW dalam konteks pelestarian alam sekitar kontemporari dari aspek tauhid, fiqah, dan tasawuf yang diadun dengan fakta sains dan kajian empirikal. Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat, demi membantu pembaca memahami ajaran Islam secara menyeluruh, yang merangkumi tanggungjawab dan peranan manusia melestarikan alam sekitar sebagai khalifah di muka bumi, bersesuaian maksud firman Allah SWT:"... negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun." (Terjemahan surah Saba' | 15)
Biodata Penulis
DATO' SERI IR. DR. ZAINI UJANG alah jurutera alam sekitar bertauliah yang berusaha menjadikan pelestarian alam sekitar sebagai tanggungjawab semua pihak sebagai satu cara dan gaya hidup, bukan didorong oleh peruntukan perundangan atau tugasan kerjaya.
Beliau mengemukakan Eco-Shift dan Eco-Habits sebagai kerangka transformasi secara menyeluruh untuk melestarikan alam sekitar. Zaini ialah penyandang Kursi Profesor Pelestarian Alam Sekitar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau ialah Ketua Setiausaha di beberapa kementerian sejak 2013, dan mantan Naib Canselor UTM. Beliau juga ialah mantan Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling dan mantan Naib Presiden Pertubuhan Air Antarabangsa (IWA).
PROF DATO' DR. ZULKIFLI MOHD YUSOFF ialah profesor pengajian Islam yang berusaha untuk memahamkan masyarakat tentang al-Quran dan sunah, sesuai dengan cabaran dan persekitaran semasa.
Beliau banyak menghasilkan karya
berkaitan tafsir al-Quran dan sirah Nabi Muhammad SAW. Zulkifli ialah panel pelbagai jawatankuasa peringkat kebangsaan dan luar negara, terutama di Asia Barat. Zulkifli alah mantan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) dan mash memegang jawatan Ketua Pusat Penyelidikan al-Quran, UM, selain menjadi Pengerusi Majlis Tahfiz Negara.
INTISARI 40 HADIS PELESTARIAN ALAM SEKITAR
Inti Sari 40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar adalah inti sari yang mengemukakan huraian ringkasan daripada buku 40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar yang mengemukakan prinsip serta amalan yang difahami daripada 40 hadis sahih dan hasan terpilih. Pengarang menghuraikan ajaran Nabi Muhammad SAW dalam konteks pelestarian alam sekitar kontemporari dari aspek tauhid, figah dan tasawuf yang diadun dengan fakta sains dan kajian empirikal. Inti sari ini diterbitkan bagi memudahkan rujukan kepada buku asal yang bertujuan membantu pembaca memahami ajaran Islam secara menyeluruh, yang merangkumi tanggungjawab dan peranan manusia melestarikan alam sekitar sebagai khalifah di muka bumi, bersesuaian maksud firman Allah SWT: "... negeri yang baik dan (mendapat keampunan dari)
Tuhan Yang Maha Pengampun." (Terjemahan Surah Saba' | 15)
Biodata Penulis
PROF. DATO' SERI IR. DR. ZAINI UJANG ialah jurutera alam sekitar bertauliah yang berusaha menjadikan pelestarian alam sekitar sebagai tanggungjawab semua pihak sebagai satu cara dan gaya hidup, bukan didorong oleh peruntukan perundangan atau tugasan kerjaya. Beliau mengemukakan Eco-Shift dan Eco-Habits sebagai kerangka transformasi secara menyeluruh untuk melestarikan alam sekitar. Zaini ialah penyandang Kursi Profesor Pelestarian Alam Sekitar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau adalah Ketua Setiausaha di beberapa kementerian sejak 2013, dan mantan Naib Canselor UTM. Beliau juga ialah mantan Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling dan mantan Naib Presiden Pertubuhan Air Antarabangsa (IWA).
PROF DATO' DR. ZULKIFLI MOHD YUSOFF ialah profesor pengajian Istan yang berusaha untuk memahamkan masyarakat tentang al-Quran dan al-Sunab, sesuai dengan cabaran dan persekitaran semasa. Beliau banyak menghasilkan karya berkaitan tafsir al-Quran dan sirah Nabi Muhammad SAW. Zulkifi ialahi panel pelbagai jawatankuasa peringkat kebangsaan dan luar negara, terurama di Asia Barat. Zulkifli ialah mantan Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) dan mash memegang jawatan Ketua Pusat Penyelidikan al-Quran,
UM, selain menjadi Pengerusi Majlis Tahfiz Negara.