KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
2

(DBP) MUSTIKA DIRI: Bunga Rampai Karya Penulis Wanita (1930-1990) [RAK 132]

RM 40.00

Mustika Diri menampilkan sejumlah karya penulis-penulis wanita tanah air dalam pelbagai genere penulisan. Kehadiran mereka turut mewarnai dan memeriahkan lagi perkembangan kesusasteraan Melayu moden di Malaysia. Kehadiran mereka dapat dirasakan baik dalam bidang cerpen, puisi, novel, drama dan juga esei. Melalui karya penulis-penulis wanita dalam Mustika Diri ini tercermin citra wanita yang sebenar secara lebih imaginatif dengan penghayatan kewanitaannya. Watak-watak dari karya mereka ini merupakan interpretasi daripada kehidupan wanita itu sendiri. Penulis-penulis wanita ini sesungguhnya telah memperlihatkan persepsi kewanitaan terhadap kehidupan masyarakat di sekitar mereka.