[DBP] Ekonomi Islam Pembangunan Dan Alam Sekitar [RAK 05]
Buku ini menerangkan konsep perancangan dan pembangunan dalam ekonomi Islam, termasuk pembangunan modal insan serta persoalan alam sekitar, iaitu kepentingan alam sekitar dan fenomena yang berlaku terhadap alam sekitar dari segi kerosakan dan pemulihan, serta keseimbangan alam sekitar. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk penulisan umum yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian I membincangkan perancangan dan pembangunan, konsep dan matlamat pembangunan, serta pembangunan modal insan. Bahagian II pula tentang masalah alam sekitar yang terdiri daripada kepentingan alam sekitar, kerosakan alam sekitar, serta pemulihan alam sekitar dan keseimbangan kehidupan. Melalui buku ini pembaca dapat memantapkan kefahaman masyarakat tentang aspek perancangan, pembangunan dan alam sekitar yang merupakan antara elemen utama dalam bidang ekonomi Islam.
Ekonomi Islam: Pembangunan dan Alam Sekitar merupakan buku keenam dalam Siri Ekonomi Islam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara judul lain yang dihasilkan oleh penulis ialah Ekonomi Islam: Pengenalan; Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan Edisi Kedua; Alam Sekitar: Permasalahan dan Pengawalan; Ekonomi Islam: Perlakuan Pengguna, Pengeluar dan Pasaran; dan Sistem Ekonomi Islam di Malaysia.