KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
thumb_6887fb0cbb76c1753742092

(ALIM RABBANI) RIBA DAN HUTANG PIUTANG DALAAM MUAMALAT : KUPASAN DARIPADA SURAH AL-BAQARAH [RAK 822]

RM 30.00

Sebagai seorang ulama yang arif dalam politik bangsa, Almarhum Tan Sri Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merupakan wajah yang tidak asing lagi dalam politik negara. Selama 23 tahun menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Kelantan, beliau dikenali sebagai tokoh pemimpin yang memiliki ciri-ciri kewibawaan, kecekalan dan ketajaman fikiran dalam membuat penilaian dan keputusan dengan menjadikan Islam sebagai panduan. Keterampilan Almarhum Tuan Guru bukan sahaja dirasai oleh rakyat Kelantan malah seluruh rakyat Malaysia amnya. Beliau merupakan seorang pemimpin berwawasan yang telah berusaha mengangkat martabat Islam di negeri kelahirannya, Kelantan. Pengaruh dan ketokohan bekas Menteri Besar ini telah diiktiraf dunia sehingga pernah tersenarai di antara 50 tokoh Islam yang paling berpengaruh. Beliau adalah seorang pemimpin yang berintegriti, seorang Muslim yang bercita-cita tinggi dan seorang pendakwah yang aktif memberikan kefahaman agama kepada rakyatnya. Setiap hari Jumaat pada setiap minggu, beliau secara konsisten akan menyampaikan kuliah tafsir di Dewan Zulkifli Kota Bharu yang dihadiri oleh pelbagai latar belakang masyarakat. Detik 12 Februari 2015, tidak akan dilupakan. Beliau pergi meninggalkan dunia yang fana ini menemui Sang Pencipta Rabbul Izzati. Ramai yang bersedih lantaran pemergian dirinya. Bukan sekadar Muslim, malah nonMuslim turut merasai akan pemergiannya. Namun, benih-benih ilmu yang pernah beliau taburkan di sepanjang hayatnya dahulu, kini digali dan dikaji oleh generasi masa kini. Pihak Alim Rabbani Media Sdn Bhd sendiri telah mengambil inisiatif menerbitkan semula siri-siri kuliah tafsir beliau yang dialih ke dalam bentuk penulisan. Menerusi siri-siri kuliah tersebut, kami melihat akan keperluan untuk mengetengahkan topik-topik kecil yang lebih khusus bertujuan melihat secara lebih jelas huraian dan pemikiran almarhum mengenai isu yang dibahaskan. Justeru, edisi yang pertama ini memberikan tumpuan khusus berkenaan ayat-ayat muamalat merangkumi topik riba dan hutang piutang yang terdapat dalam Surah al-Baqarah. Tidak dinafikan, terdapat pelbagai sudut perbahasan ulama-ulama silam mahupun zaman kini mengenai muamalat yang dapat dibaca menerusi pelbagai buku dan medium ilmu. Namun, buku ini hanya mengkhususkan kupasan idea dan pemikiran yang bersifat tempatan khususnya di Malaysia sesuai dengan sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat setempat yang disampaikan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.