KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Untitled

(PPJ) MUNAJAT UNTUK PALESTIN .[RAK TV 1]

RM 12.00

Munajat Untuk Palestin, sebuah antologi yang mencatat sejarah puisi tanah air dengan puisi-puisi yang terhasil daripada pelbagai kelompok penulis.
Antologi menampilkan puisi lebih 16 pemimpin persatuan atau pertubuhan penulis Malaysia, ahli politik dan para penulis yang telah memenangi pelbagai anugerah sastera di tanah air; di samping bakat baru dalam dunia penulisan di negara ini. Antologi ini turut memuatkan puisi Sasterawan Negara Prof.
Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh dan tiga orang penerima S.E.A. Write Awards yang turut termuat puisinya ialah Datuk Jasni Matlani (Presiden BAHASA Sabah), Abizai (Ketua Satu PUTERA Sarawak), dan Dr. Shamsudin Othman (Setiausaha Agung PENA). Selain itu, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Pengarah Jabatan Penerbitan DBP, Razali Che Mat, dan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Dr. Abang Patdeli Abang Muhi juga turut menyumbangkan puisi.


Manakala bagi pemimpin pertubuhan atau persatuan penulis termasuk
Dr. Muhammad Saleeh Rahamad (Presiden PENA), Datuk Rahman Shaari (Presiden PENYAIR), Dato' Dr. Radzuan Ibrahim (Presiden PEMUISI, dan Datuk
A. Aziz Deraman (Presiden Peradaban Malaysia, Kelantan).
Dua tokoh akademik pula termasuk Prof. Emeritus Dato' Dr. Hashim Yaacob (mantan Naib Canselor Universiti Malaya) dan Prof. Dr. A. Halim Ali (UPSI). Para penyair yang sudah mencipta nama di persada sastera tanah air termasuk Abham TR, Shapiai Mohd. Ramly (Sasterawan Johor), Ihsan Norzali, Nazim Mohd. Subari, Zulfazlan Jumrah, Wan A. Rafar, dan Abdul Karim Gulam.


Kedua-dua penyelenggara antologi ini merupakan Munsyi Dewan (Sastera) DBP. Selain itu, Amiruddin Ali juga merupakan Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional
Malaysia (GAPENA). Mohd Rosli Bakir, juga merupakan Ahli Jawatankuasa PPJ dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ).