KOMBO SIRI NOVEL SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID - SALINA + HUJAN PAGI
SINOPIS
Novel Salina, karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang bersifat magnum opus dan malar segar. Malah, nuansa kepengarangannya cukup dekat dengan masyarakat melalui pelbagai mesej dan pemikiran yang dijalin penuh ketelitian serta diberi suntikan ying tinggi nilai estetikanya, Sebagai mana Plato memegang akar sejarah sebagai sumber dunia pengalaman, begitulah A. Samad Said membawa cerminan masyarakat ketika itu kepada dunia dalam novel Salina.
Salina mengambil latar Kumpung Kambing di Singapura selepas era Perang Dunia ke-2. Salina mengetengahkan naratif kagigihan seorang wanita yang bukan saja terpaksa berperang dengan sunana rencam pasca perang, bahkan turut bendepan dengan survival kehidupin dan lingkaran kemiskinan, Membaca Salina seolah-olah membaca muyarakat yang wujud pada setiap zaman meski dalam latar dan suasana yang berbeza.
Nilai-nilai falsafah menjadi teras novel Salina dan diperakui oleh kebanyakan para sarjana baik dari timur mahupun barat sebagai 'Novel Melayu Moden Pertama'. Profesor A. Teeuw, seorang sarjana sejarahsastera memperakui bahawa Salina adalah contoh kepada sastera Melayu Moden yang baik dan bertaraf dunia. Salina telah diterbitkan pada tahun1961 dan telah diterjemahkan ke dalam 38 bahasa asing di peringkat antarabangsa.
SINOPIS
Hujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini. Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu.
Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincir ke dalam dunia halusinasinya sendiri. Menurut doktor jiwanya, Dr. Ahmad Dion, penyakit Lokman akan lebih serius jika tidak segera dibantu. Dalam mingguan halusinasinya iaitu mingguan Hujan Pagi, Lokman merasa berperanan dan dihargai. Dirasakan ada sesuatu perjuangan yang bermakna, sesuai dengan latarnya sebagai seorang nasionalis.
Novel ini mempunyai unsur-unsur lagenda, sejarah, arkeologi, astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempatdan mental manusia atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu.