KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

KOMBO BUKU - INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT (Dato' Ismail Kamus) + GAYA DEWAN EDISI KETIGA

RM 46.00

SINOPSIS

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumahtangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharuskan menjadi kewajiban untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

SINOPSIS

Buku GAYA DEWAN EDISI KETIGA dapat dijadikan rujukan tentang gaya penerbitan yang diterbitkan dalam bahasa Melayu. Penulisan bahan turut menggarap aspek-aspek penting dalam penyediaan dan penyuntingan pelbagai jenis karya. Keterangan fakta diperkuat dengan ilustrasi untuk memudahkan kefahaman dan rujukan.

Lantaran itu, buku ini perlu dimiliki oleh setiap penulis, editor, pengatur huruf, pereka bentuk, pembaca pruf, pencetak dan semua yang terlibat dalam bidang penulisan.