KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
KOMBO 3

KOMBO 3 BUKU 100 PESANAN TUN : JILID 1,2,3

RM 310.50

1. 100 Pesan Tun: Membina Keluarga dan Bangsa : Pesan Sikap dan Kepimpinan (Jilid Satu)

Perumpamaan sebuah kalimat yang baik adalah seperti sebatang pohon yang gagah berdiri, akarnya menjunam jauh ke dalam bumi, menghasilkan pohon yang berdaunan rendang lagi meneduhkan musafir lalu memberikan buah-buah kedamaian kepada kemanusiaan. Begitulah juga pohon peradaban pemikiran dan kepimpinan manusia ini tidak akan mampu menjadi pohon kehidupan yang merendang yang memberikan kedamaian, kebahagiaan mahupun kesejahteraan andai tidak berakarkan tauhid yang jelas, tidak disirami dengan baja mahabbah dan kasih sayang dan tidak berakarkan tasawur rabbani. Pemimpin dahulu membina kebahagiaan rakyat dengan menghidupkan akar rabbani dan akal sihat manusia namun hari ini, kepimpinan lebih tega menggantikan akal dan pemikiran sihat dengan ilusi dan pencitraan di pentas kehidupan. Memagar dengan kukuh hutan kekuasaan yang menyesatkan manusia jauh dari roh rabbani dan tasawur ilahi. Masih tersisa waktu dan peluang kepada manusia untuk menyelamatkan diri dari segala kehancuran ini dengan kembali menghirup nafas tauhid, menghembuskan nafas mahabbah dan kasih sayang dalam peradaban yang mengesakan Tuhan dan menjalani kehidupan menyusuri tasawur rabbani.


2. 100 Pesan Tun: Membina Keluarga dan Bangsa : Pesan Keagamaan  (Jilid Dua)

Tauhid adalah akar kekuatan.

Peradaban dan pemikiran tidak akan memberi kesejahteraan andai tidak berakarkan tauhid yang utuh dan jellas. Manusia kini lebih tegar merosakkan akal sihat dan kewarasan kurniaan illahi demi mengejar ilusi fatamorgana dan pencitraan indah lagi melekakan. Pentas duniawi yang tampak indah namun penuh kepalsuan yang menjerat manusia kepada matriks atau sistem ciptaan ejen iblis di muka bumi. Jerangkap ini tidak hanya menghanyutkan pendamba duniawi yang sedia lalai, mallah agamawan tidak terkecuali mudah lemas dallam ujian kuasa, ilmu, harta dan pangkat sedangkan mereka telah tersasar jauh dari roh rabbani dan tasawur Islami. Sistem ini membentuk pemikiran manusia yang akur dan patuh sehingga mereput akall fikir dan mengeraskan hati. Maka mudah dikawal oleh jaringan elitis dan politikus yang korup rohnya, songsang tabiatnya dan jadong pendekatannya, Agenda besar ini dipandu pula oleh penyembah oligarki yang menjadi ejen menanam benih-benih perosak hati seperti nihilisme, atheisme, liberalisme dan anti ketuhanan, Akhirnya manusia terjerumus kepada kejahilan namun sentiasa dalam penafian, Kehidupannya telah jauh dari jalan cahaya yang terang melalui pentunjuk wahyu dan panduan rasulNya, Malah lebih buruk diolah-ubah wahyu demi menghalalkan segala ideologi pemikiran manusia.

100 Pesan Tun Seabad legasi ini adalah trilogi yang menjadi bacaan wajib setiap pemburu kebenaran dalam kehidupan mencari citra kehidupan berpandu roh rabbani dan tauhid yang utuh.


3. 100 Pesan Tun: Membina Keluarga dan Bangsa - Jilid Tiga: Pesan Kekeluarga & Kesihatan

Keluarga dan kesihatan adalah asas utama keberdayaan individu membentuk masyarakat makmur dan bangsa berdaulat. Manusia diberi amanah menjadi khalifah di bumi bermula dari memimpin diri sendiri, terutamanya menjaga kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani mengikut ajaran wahyu dan sunnah. Kepemimpinan keluarga yang tinggi disiplin dan adab sangat penting sebagai nukleus dalam mencorak masyarakat yang penyayang, makmur, dan progresif.

Tun Dr Mahathir menjadi inspirasi kerana berjaya menunjukkan disiplin tinggi dalam mengurus diri dan kesihatan, membina keluarga yang dihormati melalui warisan leluhur yang baik, serta menegakkan paradigma disiplin dan tanggungjawab sebagai asas memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pesan beliau menekankan pentingnya pembinaan negara berakar umbi dari kesihatan dan moral yang teguh dalam diri sendiri dan keluarga sebagai kunci kejayaan bangsa dan negara.

100 Pesan Tun: Membina Keluarga dan Bangsa - Jilid Tiga: Pesan Kekeluarga & Kesihatan