KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
1000000875

[YWJ] si kembang desa [ RAK109]

RM 21.90
Buy Now

Keluarga menjadi tonggak penting dalam kehidupan. Hidup dikasihi dan mengasihi. Itulah nikmat bagi semus orang. Cuma tidak semua orang dapat merasainya. Tanpa keluarga, tentulah hidup tiada makna atau keindahan. Bapa, emak, abang, kakak dan adik merupakan sepohon keluarga yang redup dan rimbun. Gagah berdiri akarnya mencengkam bumi. Pucuknya menjulang ke langit terbuka. Bila matahari menumpah sinarnya, terbentuklah bebayang di bawahnya.

Hajar gadis kampung yang baru mencecah 19 tahun mengingatkan dirinya selalu bahawa keluarga itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ke mana pergi, maruah keluarga dan nama baik sentiasa dibawa bersama. Ada keluarga itu bermakna, ada tempat untuk bernaung dan berlindung. Ada dahan bergantung dan berpaut. Ada tempat berteduh. Ada rumah untuk kembali. Tetapi yang menjadi dilema dalam hidupnya, ialah dia adalah anak angkat kepada pasangan Wak Harun dan Mak Mun. Meskipun dia anak angkat tetapi, kasih sayang yang diberikan kepadanya oleh kedua-dua ibu bapa angkatnya tetap tidak berbelah bagi dengan anak-anak kandungnya yang lain seperti Salimah, Hafizah dan Masrina.


Rindunya kepada kasih sayang ibu kandung membawa kepada pencariannya secara diam-diam. Dia pernah menerima sepucuk surat daripada ibu kandungnya yang belum pernah dikenalinya. Hatinya begitu teruja untuk bertemu ibu kandungnya, dan ingin mendapat jawapan kenapa dia ditinggalkan. Di sebalik kemelut kerinduan itu, siapakah pula Azza yang sering mengganggu dan menyakiti hatinya?