[Year End Sale] Pembunuh Perisik - L.Ron Hubbard (Rak 122)
Sambil memerah pakaiannya yang basah, dia cuba melupakan satu per satu memori itu. Sebagai kelasi kapal Rangoon, dia dikenali sebagai kelasi samseng, si keras kepala yang suka memukul tanpa soal siasat terlebih dahulu, masyhur dengan panas barannya bak harimau kelaparan.
Sifatnya itulah yang menjadikan Kurt suspek utama apabila kapten kapal ditemui mati di kabin kapal milik kapten itu. Peti besi di situ pula didapati terbuka dan kosong. Kurt Reid orang terakhir berjumpa dengan kapten kapal itu. Sebab itulah Kurt dikambinghitamkan.
Shanghai terbentang di hadapannya, dan di sebalik Shanghai pula terentang seluruh negeri China. Jika tidak berjaya meloloskan diri dari situ, mautlah jawabnya. Hanya satu perkara yang membuatkannya berasa ralat - dia dituduh mencuri kerana hampir pokai pada masa itu. Mana mungkin dia boleh melarikan diri dengan hanya beberapa dolar Amerika di dalam poketnya?