KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
1000000970

(UTUSAN) Ketua pegawai eksekutif Malaysia: strategi dalam pembangunan negara [RAK122]

RM 40.00

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia: Strategi dalam Pembangunan Negara


meninjau unsur-unsur daya ketahanan dan menyarankan mengapa masyarakat majmuk mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya di Malaysia berbanding dengan beberapa negara yang lain di dunia. Esei dalam buku ini mengupas isu tentang perubahan dan kemodenan Malaysia pasca-1970 dengan menumpukan perhatian secara khusus kepada dasar dan program yang direncanakan oleh Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia sejak 1981.


Ini sejajar dengan jolokan Dr. Mahathir yang disifatkan sebagai arkitek dan ahli strategi pertumbuhan luar biasa Malaysia sejak sedekad yang lalu. Namun demikian, krisis kewangan yang mula melanda pertengahan 1997 telah menyebabkan terencatnya momentum ini dan seterusnya menimbulkan tanda tanya tentang masa depan negara ini. Walau bagaimanapun, peristiwa ini tidaklah mengurangkan keresahan lunas asas model Malaysia bagi kehidupan berbilang kaum dan tidak juga menjejaskan kemampuan negara untuk kembali pulih daripada ekonomi semasanya.


Sejajar dengan itu, buku ini menjelaskan pandangan Dr. Mahathir berhubung dengan bangsa, agama, bahasa, politik, ekonomi dan masa depan politik orang Melayu. Tumpuan keseluruhannya adalah terhadap isu strategik yang berlandaskan lunas asas yang luas serta menguasai perumusan dasar awam berbanding pelaksanaannya.