
(UTUSAN) ABDULLAH AHMAD BADAWI : JALAN KE PUNCAK [RAK 02]
Penerbitan buku ini diharap akan membolehkan rakyat mendekati, menilai dan memahami Perdana Menteri malaysia yang kelima, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Jalan ke Puncak" merupakan gabungan beberapa analisis yang dilakukan ke atas kepimpinan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk kelahiran beberapa pembaharuan yang dilakukan untuk memenuhi keperluan semasa. Lazimnya, kepimpinan baru akan dipenuhi dengan syak wasangka dan orang ramai mengambil sikap berhati-hati sehingga benar-benar berpuas hati dengan corak, gaya dan agenda kempinan baru. Namun, kepimpinan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjaya dalam satu tempoh waktu yang singkat, meraih sokongan dan memastikan kestabilan negara tidak tergugat walaupun menampakkan perubahan dalam kesinambungan kepimpinan.