
(UM) Sakit Pinggang - Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan serta Postur Dan Pergerakan Solat [RAK 809]
Penganut agama Islam dituntut menunaikan solat fardu lima kali sehari. Gerakan solat harian itu boleh dianggap sebagai senaman fizikal sederhana yang menyerupai senaman regangan berbentuk terapi perubatan. Komponen-komponen dalam gerakan solat yang dilakukan secara terus-menerus memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada tubuh manusia sama ada daripada aspek fizikal mahupun emosi.Buku ini adalah rentetan daripada buku 'Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains.' Buku ini memperincikan bagaimana postur dan pergerakan solat bukan sahaja menjadi kewajiban yang perlu dilaksanakan tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif terapi rawatan pemulihan sakit pinggang. Malah, terapi postur dan pergerakan solat ini telah diperkenalkan kepada pesakit bukan Islam dalam rawatan pinggang.