
[UKM] MEMOIR HAILANI MUJI TAHIR [RAK104]
Memoir ini mengandungi pelbagai rentetan peristiwa sejarah hidup yang dilalui dalam hidupnya dari semenjak kecil, remaja, dewasa, ke tingkat pencapaian dan kejayaan kerjaya sehinggalah sampai kepada umur bersara, Tuna dimukan kermasuklah pengalaman berorganisasi dan penglihatan dalam kepimpinan. Beliau berpengalaman dalam menumpahkan cetusan idea bermas dalam berkarya yang boleh dilihat dalam beberapa buah penerbitan buku ilmiah. Setiap saat yang dilalui memberi pengertian yang sangat bermakna dan menjadi panduan dalam hidupnya yang berasaskan keunggulan sistem Ilahi-al-Quran dan al-Sunnah. Pelbagai saranan bersifat tips panduan hidup yang diamalkan, terutamanya daripada Tok Guru Pondoknya, Pak Kiyai Haji Shamsuddin yang sekali gus menjadi pemudah cara dalam melakar kehidupan sehariannya dalam menjejak usaha menuju puncak kejayaan. Dalam apa juga usaha yang dilalui pegangan yang paling utama lalah keyakinan diri kepada setiap perkara yang hendak dilakukan. Dalam falsalah hidupnya biar sekecil mana masalah yang dihadapi jika perkara itu dianggap besar, maka besartah jadinya. Begitulah sebaliknya. perkara sebesar mana yang dihadapi jika ia dianggap kecil maka kecillah jadinya dan mudah mengendalikannya. Hailani akan berusaha dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh sehinggalah usahanya itu akhirnya akan berjaya. Dengan izin Allah, dalam sejarah hidup yang dilaluinya sehingga saat ini setiap impian yang diingini menjadi kenyataan. Untuk merasai nikmat hidup seperti yang diperolehnya banyaklah tips yang diselitkan dalam memoir ini untuk menjadi panduan yang sangat mudah untuk diikuti. Asas utama yang paling penting ialah pengakuan syahadah yang diucapkan itu mestilah diamalkan secara kulli, menyeluruh dalam sistem seperti Sultan Muhammad al-Fatih mengamalkan ilmu laduni untuk menundukkan kota Constantinople. Adalah diharapkan agar rakaman cetusan idea ini dapat memberi panduan yang jelas dan bermanfaat kepada pencinta ilmu warisan Islam dan budaya fitrah manusia yang pastinya jika diamalkan secara ikhlas dan holistik akan memberi keharmonian dan kesejahteraan hidup insan yang bersifat mukmin, muhsin dan muttaqin.