(TS) IZINKAN AKU MENCINTAI-MU [RAK L104]
Oyen, seorang pemuda berperwatakan ceria, telah jatuh hati
pada seorang muslimah solehah bernama Rogayah. Meskipun
pelbagai cara sudah dilakukan untuk menawan hati Rogayah,
cintanya tetap ditolak.
Terpukul tapi tidak berputus asa, dengan bantuan
sahabatnya Blacky dan Adnin, Oyen terus berusaha dengan
mungubah pendekatannya, agar lebih menepati citarasa
seorang wanita solehah. Namun, dalam perjalanannya yang
penuh liku dan luka, Oyen tersedar sesuatu yang lebih utama –
bahawa ketenangan yang dia cari bukan datang dari cinta
manusia, tetapi daripada cinta yang selama ini dia abaikan:
cinta Sang Pencipta.
Izinkan Aku Mencintaimu bukan hanya kisah tentang cinta
tak berbalas, tetapi kisah transformasi jiwa demi menggapai
secubit ikhlas bagaimana seorang pemuda belajar erti
cinta sebenar, dan melepaskan cintanya demi cinta-Nya.