(TK) Kita Tidak Salah Untuk Punya Ekspektasi
Hidup memang akan sentiasa dipenuhi dengan ekspektasi, dan ini tidak salah. Cuma saja,kita tidak tahu mana satu ekspektasi yang wajar kita kejar dan mana satu harapan palsuyang selamanya tidak akan pernah dapat kita gapai. Jangkaan sederhana tidak bermaknakita pasrah atau tidak bermimpi, tetapi kita belajar memberi ruang kepada hikmah dankemungkinan.Dan dalam ruang itu, selalunya kita akan temui satu bentuk kebahagiaan yang lebih dalam.Tentang kebahagiaan yang tidak terikat kepada apa yang kita miliki, tetapi padabagaimana kita memaknainya.Kita belajar bahawa hidup yang bahagia bukanlah hidup yang sempurna, tetapi hidup yangmampu menerima ketidaksempurnaan dengan dada yang lapang. Dan buku ini mengajarkita apa itu erti ekspektasi dan bagaimana untuk menguruskannya.