
[SO?] Hipotesis Lunar: Apokalips, Sarwajagat, Kegelapan [RAK110]
Satu kemusnahan mega akan berlaku pada 25hb Disember 3457. Namun tiada sesiapa pun tahu apakah punca dan bagaimana kemusnahan mega itu berlaku.
Luna Scarlet ditugaskan untuk mencari jawapannya dengan menggunakan panduan mesin Nostradamus versi 10.2 dan juga Inventori Akashic. Semasa dalam kajian itu, dia berdepan dengan ancaman pembunuhan di kota bulan lalu dibawa lari ke bumi. Semasa berada di bumi, perlahan-lahan identitinya terdedah. Sejarah silamnya, membawanya jauh ke episod penyeludupan manusia di mana dia sendiri merupakan salah seorang mangsa penyeludupan itu. Sementara itu juga, ibunya, Isabel, cuba mendapatkan kepercayaan komuniti KIAMAT di bumi.
Dalam imbasan sejarah silam itu, dia dipertemukan dengan seorang wanita ketika itu, yang mengemudi makmal yang menghasilkan chimera seperti Toritu, sejenis raksasa humanoidal yang ganas. Wanitu itu kini merupakan ibunya, Isabel. Mereka masing-masing terlibat dalam penggempuran ke atas sindiket-sindiket penyeludupan manusia dengan bantuan chimera, Toritu.
Mereka ditidurkan selama 500 tahun kemudiannya untuk menentang penyeludupan manusia selaku pertukaran dengan teknologi makhluk asing. Peperangan itu membawa kepada keruntuhan sifat kemanusiaan mereka lantas digubah memori mereka agar trauma itu lenyap.
Pertemuan dengan Lazarus di bumi telah membangkitkan kembali memori pedih itu, sehinggalah raksasa di dalam diri Luna terbangun dan menyembelih kesemua manusia dalam komuniti itu. Biarpun begitu, Joseth, selaku pemimpin bulan dan juga pemilik kepada kapal angkasa Judas Iscariot yang musnah telah berjaya mematahkan amukan raksasa dalam diri Luna. Setiap orang yang dibunuh oleh Luna dibawa kembali ke bulan dan diubah menjadi Toritu. Luna pula dicantumkan mindanya dengan Nostradamus versi 10.2 agar menjadi Nostradamus Ultimatum yang mampu menterjemah pilihan-pilihan terbaik untuk menghalang kemusnahan alam semesta itu.
Beberapa tahun sebelum itu, kisah Lazarus dan konflik Isabel dengan orang bumi didedahkan melalui pengenalan watak Nimbus, yang merupakan bekas pembunuh dahsyat yang meratakan kota dengan ledakan berantaian. Mereka bersama membantu komuniti di bumi mencari bekalan air bawah tanah. Biarpun begitu, komuniti KIAMAT telah menghantar Toritu khas bernama Gabriel, untuk membawa Lazarus ke dalam komuniti KIAMAT ketika itu. Lazarus diubahsuai agar menjadi manusia superhuman.