
[PTS] TIP-TIP CEMERLANG DARIPADA QURAN
"Eropah terhutang budi kepada sains Islam, seni Islam dan sastera Islam kerana faktor-faktor inilah yang menyebabkan ia akhirnya keluar dari kegelapan Zaman Pertengahan."
Marquis of Dufferin and Ava, Speeches
Umat Islam adalah umat terbaik yang dikeluarkan kepada manusia. Pada suatu masa, umat Islam berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang tinggl. Kecemerlangan mereka diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Mereka berjaya menjadi global champion.
Apakah faktor yang menyebabkan mereka cemerlang? Apakah proses-proses yang perlu dilalui? Apakah 'peta' yang digunakan sehingga menjadikan mereka manusia unggul dan cemerlang?
Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, ia adalah alat bagi mencapai kecemerlangan akhirat. Namun begitu, jalan kecemerlangan memerlukan peta. Quran adalah peta yang lengkap lagi sempurna. Buku ini memberikan semangat baru dengan tip-tip cemerlang yang diolah daripada Quran.