Cart 0

[PTS] Selembut Hati Rasulullah - Oleh Mitftahul Asror Malik [RAK39]

RM 15.00

Pesona Muhammad s.a.w. memikat hati umatnya. Siapa jua yang berbicara dengannya rasa dihargai, disayangi, dan diberi perhatian. Hati sahabat-sahabat tersentuh tatkala ditegur dan dinasihati. Baginda bukan sahaja menyampaikan wahyu Tuhan, malah turut berpadu dengan rasa kash sayang, empati dan cinta.

"Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat." (Surah Al-Ahzab ayat 21)

Walaupun disakiti dan dihina, Rasulullah s.a.w. tetap memaafkan penduduk Thaif yang membaling Baginda dengan batu dan Lubaid bin A'sham, seorang Yahudi yang menyihir Baginda. Demikian betapa lembutnya hati Baginda, setulus rasa cinta Baginda kepada umatnya...


Selembut Hati Rasulullah, menghimpunkan 102 kisah keagungan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang dapat dijadikan teladan sepanjang zaman.

Miftahul Asror Malik adalah seorang pendidik dan juga Ketua Lembaga Pendidikan Islam Bug'atul Mubarokah Demak. Beliau adalah bekas penuntut MA Negeri Demak, Fakulti Tarbiyah IAIN Walisongo Semarang, Pesantren Al-Ishlah Sempal Wadak, Pesantren Bintoro-Demak dan Pesantren Darun Najah, Jrakah, Tugu, Semarang. Beliau adalah penulis buku Surga Cinta Vanesa dan Reinkarnasi Cinta. Beliau telah menterjemah beberapa kitab Arab iaitu Adabu Al-Shubbah wa Al-Muasyarah, Shiyathu Al-Qulub, I'jaaz Ilmi fi Al-Quran li Al-Ashghar, Mujtama u Al-Mutsul, Muhammad: Ka'annaka Tarahu, Kifayatu Al-Akhyar, Tarikh Tasyri' Al-Islami dan Al-Qiyamah Al-Shugbra.