KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
pengurusan-di-malaysa-dari-perspektif-islam

(PRELOVED) PENGURUSAN DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM [RAK 121]

RM 30.00
Buy Now

Sekali imbas, buku ini mungkin sama dengan buku-buku pengurusan yang'lain. Tetapi apabila kita membaca buku ini, kita akan temui banyak perbezaan yang ketara. Keistimewaan buku ini terletak pada cara persembahannya yang memasukkan praktis pengurusan pelbagai organisasi di Malaysia. Di dalam buku ini kita akan temui puluhan nama syarikat dan organisasi yang disesuaikan dengan perbincangan teori.
Buku ini mengandungi 12 bab yang disusun mengikut
kepentingan ilmu pengurusan. Dalam pada itu, terdapat satu bab khusus tentang pengurusan Islam yang dibincangkan dengan terperinci dan menyeluruh. Meskipun satu bab sahaja di-bincangkan, namun buku ini berbeza daripada, buku-buku pengurusan Islam yang lain kerana aplikasi pengurusan Islam dimasukkan dalam setiap fungsi pengurusan moden yang terdapat dalam buku ini. Secara jelas, buku ini merupakan sebuah buku islamisasi pengurusan yang dalam hal ini ia bukan dibincangkan secara berasingan seperti buku-buku pengurusan yang lain.
Walaupun buku ini dikhususkan untuk bacaan mahasiswa yang mengambil subjek pengurusan di UiTM atau di pusat pengajian tinggi yang lain dan juga para pelajar yang mengambil peperiksaan STPM, buku ini ternyata juga sesuai sebagai bahan bacaan pengurus di mana-mana organisasi, pengetua sekolah, pegawai pentadbir kerajaan dan usahawan.
Azman Che Omar, penulis buku ini memperoleh ijazah
Sarjana dalam bidang Kajian Perniagaan dengan pengkhususan Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Salford, United Kingdom. Kini beliau menjadi pensyarah kanan di Universiti Teknologi MARA (UITM) cawangan Kelantan. Beliau mempunyai pengalaman mengajar yang lama dan luas dalam bidang pengurusan. Subjek-subjek yang berada di bawah pengajaran beliau ialah pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengurusan kelakuan manusia dan pengurusan strategi.