
[PENAMAS] KARANG DI TENGAH SEGARA [ RAK104]
KARANG DI TENGAH SEGARA
Dalam dunia free-thinker, hidupnya sentiasa teraha-raba dan tercari-cari. Dia inginkan pegangan dalam hidupnya. Dan dalam terumbang-ambing itu dipertemukanlah dirinya dengan seorang gadis Islam bernama Syidah yang pernah melalui berbagai liku pengalaman yang begitu mencorakkan usia remajanya. Syidah pernah tercicir dalam bidang pelajaran gejala pergaulan yang lepas bebas. Akhirnya perhubungan itu membawa Syidah balik ke bangku sekolah sehingga ke peringkat universiti. Setelah memeluk agama Islam kedua-duanya bercita-cita mendirikan rumahtangga yang diidam-idamkan. Tetapi pemuda itu lalu bernikah dengan Mariati, satu-satunya teman akrab bekas kekasihnya. Mengapa? Adakah keislaman pemuda itu hanya semata-mata kerana Syidah dan Mariati?
Dalam dunia pencarian seperti yang dilalui Redhuan ini memang banyak ragamnya. Dia sering ditodong oleh tanggapan keluarganya sendiri yang mengecap seolah-olah dirinya membuang keturunan. Dirinya sentiasa berdiri antara sikap lembut dan kasar ibu bapanya untuk menghalang daripada menemukannya dengan pencarian itu. Memang tidak mudah seseorang itu untuk menemui apa yang dicarinya.
Novel ini juga mengangkat berbagai masalah, umpamanya mengenal seorang ibu yang bukan Islam tinggal dengan anak yang beragama Islam dan tiba-tiba ibu itu meninggal dunia. Ia malah mengangkat beberapa aspek mengenai hubungan adik beradik, sahabat-handal yang kadang-kadang fikiran mereka tidak sejalan, lebih-lebih lagi seperti watak Robert dan Karim yang menyimpang daripada nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan.