
[PAK LATIP] KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR. Kulit Keras
KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR
Mereka digelar Khulafa ar-Rasyidin (khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk) kerana memerintah mengikut cara Nabi Muhammad SAW dalam setiap aspek pemerintahan.
Abu Bakar as-Siddiq - lelaki terawal memeluk agama Islam. Digelar as Siddiq kerana membenarkan percakapan dan perbuatan Nabi Muhammad SAW. Beliau menghapuskan nabi palsu dan memulakan usaha pengumpulan ayat-ayat al-Quran.
Umar al-Khattab - lelaki tegas dan berani yang digelar al-Faruq (pemisah antara kebenaran dengan kepalsuan). Zaman pemerintahan beliau dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan telah berjaya dilakukan.
Uthman bin Affan -digelar Zun Nurain (mempunyai 2 cahaya) kerana mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad SAW. Beliau telah menyelaraskan al-Quran dengan penghasilan Mushaf Uthmani.
Ali bin Abi Talib - kanak-kanak pertama memeluk. Merupakan sepupu dan menantu Nabi Muhammad SAW. Dihormati kerana berpengetahuan luas dalam perundangan Islam dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar menghadapi musuh.
Novel sejarah Islam ini menceritakan kisah empat sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga. Mereka mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar. Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar.
Bilangan Muka Surat: 800 ms