
[OMMO] KEMANISAN SOLAT [RAK74]
Kini kita telah memasuki alaf baru yang penuh cabaran. Sebelum ini pun ramai orang mengabaikan solat lima waktu, malah ada yang tidak solat langsung. Solat dianggap suatu yang berat dan menyulitkan, malah dianggap mengganggu aktiviti harian. Anggapan yang salah ini perlu diperbetulkan.
Sebenarnya solat adalah satu ibadah paling istimewa. la satu Ibadah yang manis dan lazat, penuh hikmah dan falsafahnya bukan hanya menjanjikan pahala dan balasan nikmat di syurga, tetapi la amat berkesan ke arah pembinaan syahsiah diri, pendorong utama ke arah kejayaan dan kecemerlangan, di samping itu ia menjadi benteng utama daripada unsur-unsur negatif. Menerusi buku ini, anda berpeluang mengetahui tentang hikmah dan pengajaran solat, di samping itu mengikuti kisah-kisah menarik yang menjadi İktibar dan memberi keinsafan dan dorongan ke arah rajin menunaikan solat. Selain daripada itu buku ini menerangkan tentang hukum hakam dan kaifiat melakukan solat serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Buku ini sesuai dibaca olch semua peringkat dan golongan dalam masyarakat.
USTAZ SAFWAN FATHY berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Beliau berpengalaman sebagai pendidik, pendakwah dan penulis selama lebih 35 tahun. Kini beliau menjadi Pengerusi dan Ketua Pembimbing serta Ketua Unit Talian Al-Nasihah, Akademi Islam Jam'iyah (Pusat Bimbingan Penghayatan Islam), Shah Alam. Beliau sering ke udara menerusi Radio, Satu dan Radio Tiga Shah Alam serta muncul di televisyen dalam program keagamaan.