KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[OBSCURA] GELAP MATA Oleh Rosli Ibrahim [RAK K102]

RM 20.00

"Saya tidak malu untuk memberitahu; telah dilahirkan sebagai OKU penglihatan. Sedari kecil saya sangat pendiam dan selalu mengasingkan diri kerana diejek oleh teman-teman sepermainan. Semuanya telah saya harungi dengan tabah. Saya dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang boleh dikirakan miskin; lantai berdindingkan buluh, beratap rumbia dan cuma diterangi lampu gasolin".


OKU di Malaysia tiada masa depan. OKU sedang berhadapan dengan halangan-halangan paradigma / persepsi dan sistem asas / sokongan sedia ada. Kalau ada OKU yang tidak mampu bertahan, adalah lebih sesuai untuk mereka berhijrah ke luar Negara. Ia mungkin pilihan terbaik. Namun amat perlu disedari jika OKU terus berjuang, itu merupakan hal yang sangat terhormat.


Rosli Ibrahim lahir di Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan pada 20 April 1973, merupakan seorang OKU penglihatan. Sejak 2011, beliau terlibat secara langsung dalam gerakan massa OKU Bangkit yang aktif mengutarakan isu-isu berkaitan OKU untuk perhatian masyarakat umum.