
(NUHA) UNIVERSITI KEDUA : KISAH TAHANAN DIBAWAH ISA [RAK TV 1]
Pertama kali muncul pada tahun 1983, Universiti Kedua menjadi lebih penting pada hari ini ketika tuntutan untuk memansuhkan ISA semakin kuat kedengaran, khususnya kerana Kassim Ahmad telah mengubah pendirian menyokong kewujudan dan penggunaan akta berkenaan (diumumkan antaranya menerusi blog beliau pada Ogos 2009).
Universiti Kedua memberikan kesempatan terbaik untuk para pembaca melihat ISA dari kacamata dan pengalaman langsung penulis dan penyajak tersohor ini yang telah menghasilkan sekian banyak karya sejak tahun 1957, antaranya: Kemarau di Lembah
(1967), Aliran-aliran Terbaru di dalam Persajakan Melayu (1958), Mempelajari Sastera Melayu (1958), Pantun dan Sajak dalam Perkembangan Puisi Melayu (1960), Syair Musuh Kelantan
(1961), Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah (1964), Masalah Teori Sosial Moden Islam (1977), Dialog dengan Sasterawan
(1977), Mencari Jalan Pulang (2008) dan lain-lain.