
(NUHA) TRAVELOG HASSAN GOH [RAK TV 1]
Travelog Hassan Goh - Kisah perjalanan hidup seorang mualaf, bernama Hassan Goh. Walaupun telah memeluk Islam ketika usianya 27 tahun pada tahun 1972, namun tidak belajar dan mengamalkan ajaran Islam ecuali pada tiga perkara - tidak makan babi, tidak minum arak dan tidak berjudi.
Pada Mei 2017 ketika usianya 79 tahun secara tidak sengaja Allah telah mempertemukan dia dengan penulis. Sejak hari tersebut, penulis cuba membimbing dan mengubah cara hidupnya, termasuk membuat catatan mengenainya.
Hassan Goh tinggal di sebuah pondok di dalam kebun yang sangat daif keadaannya - tiada bekalan air dan api elektrik. Kebersihan pondoknya sangat memualkan. Dia tinggal bersama-sama seekor anjing yang diberi nama Memey. Tempat tidurnya pula hanya sebuah kerusi malas yang telah usang.
Pelbagai peristiwa sedih, simpati, lucu dan kadangkala ada rasa marah apabila membimbing seorang tua yang sudah kurang pendengaran, tidak tahu membaca dan pekat loghat Cinanya.
Penulis begitu sabar menyantuni karenah Hassan Goh. Beliau beusaha mencarikan rumah yang selesa sebagai tempat perlindungannya, di samping terus berusaha mengajak mualaf tersebut kembali kepada kehidupan sebagai seorang Islam yang sebenar.