
(NUHA) MERANDUK OMBAK [RAK TV 1]
Buku ini ialah hasil penulisan seorang guru yang menempuh pelbagai pengalaman suka duka sewaktu zaman kanak-kanak, remaja dan ketika bertugas sebagai pendidik. Pengalaman ini digarap dalam kisah hidupnya yang bertajuk "Meranduk Ombak".
Pahit getir yang dilalui oleh penulis ini umpama ombak yang menghempas pantai.
Namun begitu dia terus tabah mengharungi segala rintangan yang menimpanya kerana segala pancaroba adalah ujian daripada Allah, yang tersisip rahmat-Nya yang tersembunyi.
Di sinilah penulis ingin berkongsi pengalaman tersebut agar kita reda dengan perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh-Nya. Dalam mengharapkan panas sampai ke petang kekadang hujan turun di tengah hari. Rahsianya ialah Allah ingin menghiasi hidup ini dengan keindahan warna pelangi.
Kasih sayang dan pengorbanan ialah inti kepada penceritaan buku ini. Di samping itu terdapat juga catatan sejarah yang berlaku dalam negara kita.
Moga segala nilai murni yang tersisip dijadikan teladan kepada pembaca khususnya generasi muda. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.
Saya mengucapkah tahniah kepada Rohaidah Yon. Semoga buku solo kisah hidup beliau ini menjadi pemangkin kepadanya dan para pembaca untuk terus menghasilkan karya yang bermutu.