KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Untitled

(NUHA) HUMAM ANUGERAH TUHAN [RAK TV 1]

RM 35.00

Humam Anugerah Tuhan adalah catatan pasangan ibu bapa tentang anak mereka Humam. Sihat atau sakit itu ujian. Tiada yang lebih ringan atau lebih berat antara satu dengan yang lain.
Humam adalah nikmat. Humam juga adalah ujian. Nikmat dan ujian adalah kurniaan Allah SWT. Hari demi hari yang dilalui bersama Humam yang bergantung 100 peratus kepada bantuan kami, mengajar kami bahawa nikmat dan ujian sentiasa silih berganti.
Penyakitnya sukar diubati, sedangkan agama berkata hanya mati yang tiada ubat. Maka penyakit ini ada peluang untuk sembuh. Maka kepercayaan kepada janji Allah dan Rasul ini mesti kukuh tertancap di hati bersandarkan iman. Kita hanya diberi upaya untuk redha dan berusaha, bukannya berputus asa. Maka kisah ini ditulis sebagai tanda Allah sangat dekat dengan kita dalam ujian-ujian yang dia berikan kepada kita, selama kita redha.
Apa lagi yang kita mahu selain didekati oleh Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Kaya dan Maha Penyayang?