
(METRO) EUFORIA SEORANG GADIS [RAK 820]
Euforia Seorang Gadis, merupakan Antologi Cerpen Warga SMK Putrajaya Presint 9 (2) yang menghimpunkan 25 cerpen murid, 5 cerpen guru dan seorang Penulis Tamu. Antologi ini adalah hasil kolaboratif Pusat Sumber Az-Zarnuji dan Persatuan Bahasa Melayu.Idea untuk menerbitkan Antologi ini adalah daripada Puan Nurafidah binti Mohd Khalid, GPM Ikon Putrajaya. Mendapat izin dan sokongan sepenuhnya daripada para Pentadbir dan juga seluruh warga sekolah.Proses bimbingan penulisan cerpen bermula akhir bulan Mac sehingga akhir Jun. Setelah murid-murid mengikuti Bengkel Penulisan bersama dengan GPM Ikon Negeri Perak, Puan Junainah binti Abdul Jalel, murid-murid terus dibimbing oleh guru-guru Bahasa Melayu secara bersemuka dan juga melalui dalam talian. Cerpenis murid terdiri daripada murid-murid Tingkatan 4 dan 5. Hasil-hasil karya telah dikumpul dan disunting oleh Puan Zainon binti Sadali. Beliau telah meneliti satu persatu, ada yang dipulangkan kepada murid untuk dimurnikan semula dan ada juga yang digugurkan kerana tidak tidak sesuai untuk dikongsikan.Tema pilihan kebanyakan Pengkarya Muda ini berkisarkan pengalaman sendiri dan kisah di persekitaran hidup mereka.Lima orang guru turut menyumbangkan cerpen iaitu Puan Norina binti Mohd Nor, Puan Nurafidah binti Mohd Khalid, Puan Raba'ah binti Abas @ Zahari, Puan Syafini binti Ismail dan Puan Zainon binti Sadali. Penghasilan Antologi ini juga mendapat sokongan padu daripada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Putrajaya. Ketua Penolong Pengarah iaitu Tuan Haji Padli bin Saed merupakan Penulis Tamu dalam Antologi ini. Antologi ini telah diselenggara oleh Puan Nurafidah binti Mohd Khalid dan Puan Junainah binti Abdul Jalel. Mengandungi 241 halaman.