[KEMILAU] Propagandis Zaman oleh Subky Abdul Latif [RAK819]
PROPAGANDIS ZAMAN adalah Memoir Kewartawanan-2; lanju-tan daripada Memoir Kewartawanan-1: ANAK APAK yang menceri-takan perjalanan keluarga dan dunia saya dalam hidup di alam pra-pekerjaan; mengenai dunia kanak-kanak musim Jepun, alam persekolahan pasca pemergian Jepun dan sewaktu kedatangan semula ketuanan penjajah Inggeris, usia remaja serta pasca kemerdekaan tanah air, dan kemerdekaan negara yang pertama di dunia yang dicapai melalui rundingan.
Propagandis Zaman adalah siku dan liku memasuki hidup dalam alam pekerjaan. Dengan iradat Allah saya menceburkan diri ke dunia persuratkhabaran dan saya menjadi karyawan media akhbar. Dunia karyawan awal yang saya lalui ialah dunia kewartawanan Melayu yang pernah dilalui oleh Munsyi Abdullah dan Abdul Rahim Kajai. Mereka bukan sekadar pemberita yang mencatatkan kejadian di zamannya tetapi wartawan dan penulis yang berstatus propagandis zaman masing-masing.
Warna-wärni bergelumang dalam dunia surat khabar dan kewar-tawanan adalah satu kehidupan manis yang mencorakkan kehidupan saya sebagai seorang manusia selepas meninggalkan sekolah. Di situlah sekolah kehidupan saya. Moga-moga diperkenan Allah agar megireini ada sumbangannya kepada pembaca.