
(KASI TERBIT) BACKPACK BRUNEI DATANG DISAMBUT TAUFAN [RAK 815]
BRUNEI, sebuah negara yang kecil tetapi kaya dan unik.
Ia merupakan sebuah negara dengan pemerintahan monarki mutlak. Terbahagi kepada dua bahagian dan dipisahkan oleh Limbang, Sarawak.
Mengembara ke Brunei, bunyinya seperti pelancongan santai dan tenang. Namun tidak kepada penulisnya. Baru sahaja kapal terbang yang dinaiki oleh Normi memasuki ruang udara Brunei, ia terus digegarkan dengan taufan. Angin yang sangat kuat yang menggoncangkan kapal terbang. Ramai mula cemas. Jantung berdegup laju. Suara bacaan A-Quran kemudian kedengaran untuk menenangkan hati penumpang.
Nampaknya pengembaraan ke Brunei ini tidak setenang yang difikirkan.
Apa yang berlaku seterusnya?
Apa yang memukau Brunei?
Bagaimana pula karekter dan budaya orang Brunei?
Semuanya akan dikongsikan dalam buku ini. Selamat membaca.