
[KARNADYA] TEKA-TEKI BUATKU [RAK104]
Biasanya, apabila semuanya kelihatan okey... itu tandanya sesuatu yang tak elok akan terjadi kepadanyal
Sekalipun kehidupan
nampak macam menarik, tetapi sebenarnya Indah khabar dari rupa. Realitinya, dia terpaksa bekerja keras hingga lewat malam, terpaksa selalu membatalkan perancangan hujung minggu dan terpaksa pula tidur di merata-rata hotel kecil di luar bandar yang kalau ikutkan hatinya, tak ingin dia lakukan. Namun apakan daya, Itulah yang sering diamalkan oleh pejabat tempat kerjanya.
Kebetulan, minggu itu akan membawa Rachel ke Boston atas urusan kerjanya dan dia juga bercadang untuk menghabiskan masa bersama teman lelaki barunya yang nampak seperti sangat 'ngam' dengannya. Semua yang diaturkan itu indah belaka dan Rachel tak mahu fikirkan apa-apa yang tak elok, yang mungkin akan terjadi kepada perancangannya itu.
Pun begitu, timbul pula masalah. Teman baiknya telah dikacau orang dan kemungkinan besar ada kaitan dengan pembunuhan bersiri yang sedang kecoh diperkatakan.
Teman lelakinya pula? Aduhal... malang sungguhl Dengar ceritarnya, dia sedang kalut dengan seorang rakan kerja yang tampak seperti seorang modell
Terpaksalah Rachel sibulkkan diri untuk mencari jawapan kepada teka-teki yang sedang bergelumang di sekelilingnyal