
[KARNADYA] SI CANTIK & SI PELIK [RAK104]
Semua orang tahu yang Scarlett Stein itu adalah seorang wanita yang cantik dan menarik. Kini, teman baiknya sudah pun berpindah dari Connecticut ke Seattle dan terpaksa sahajalah Scarlett memilih Pam, seorang teman yang okey dari segi paras rupa tetapi tak okey dari segi keyakinan diri. Apabila Pam mengatakan kepadanya bahawa dia tak mungkin akan berjaya dalam hidup jika bukan kerana paras rupanya yang menarik itu, Scarlett mula percaya dengan kata-kata Pam itu. Lagipun, apa yang dirinya ada selain daripada rupa?
Pam mula mengajak Scarlett untuk mengubah rupa gayanya supaya Scarlett hilang semua kecantikan yang ada pada dirinya. Untuk melengkapkan perancangan, Scarlett terpaksa diubahkan namanya, kerjayanya, tempat tinggalnya dan juga pakaiannya. Boleh ke kerja gila seperti ini membantu Scarlett? Betul ke yang sebenarnya Scarlett itu menonjol kerana paras rupanya semata-mata dan bukan sifat dalaman atau personalitinya?
Berjayakah mereka untuk melakukan sesuatu yang mencabar dan apa yang terjadi kepada dua watak lelaki yang wujud dalam hidup Scarlett? Siapa yang akan menjadi pilihan Scarlett, yang suka padanya kerana paras rupa atau menyayanginya kerana apa yang ada di dalam hati? Sama-samalah kita berhibur dengan watak gila-gila yang dipaparkan dalam novel ini.