KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
1000000827

[KARNADYA] IGAUAN SEMALAM OLEH HANI EL ZAHRA [RAK 104]

RM 17.00

"Kau yang bunuh aku! Maknanya aku dah matil


"Janganlah main-main!"


"Aku tak main-main!"


"Habis, dengan siapa pula aku sedang bercakap ni? Hantu?"


Wajah pucat lesi yang seolah-olah tidak pernah dialiri darah itu tersengih. "Selepas ni, giliran kau pula."


"Kalau kau nak bunuh aku sangat, bunuhlah sekarang!


Kenapa mesti tunggu lagi?!"


"Oh, tak sabar rupanya!" Dia tersenyum sinis. "Kau pernah dengar ayat ni; bukankah penantian itu satu seksaan?"


Tika sunyi datang menyapa, hadirnya pengutus rasa bahagia.


Pabila nafsu menguasai minda, dia hilang kompas kewarasannya.


Demi sebuah rahsia keluarga, si ibu sanggup bertongkat derita.


Kerana kasihkan seorang anak, si ayah rela perjudikan nyawa


Dek cinta terhadap arjuna, mahkota si gadis tergadai sia-sia.


Benar, dunia ini umpama sebuah pentas yang penuh dengan aktor dan aktresnya.


Setiap satu memegang watak berbeza mengikut papan cerita.


Tetapi, bagaimana jika si pelakon terlalu khayal sehingga akal hilang upaya?


Bukan itu yang dipinta, namun ketentuan itu yang harus diterima!