
[KARNADYA] AKU VS AKU [ RAK104]
Gabby Wolf dah pun buat keputusan! Dia akan berpindah dari Phoenix (tempat yang aman tetapi tidak ghairah, juga di mana ada kekasihnya) ke Manhattan (tempat yang akan memberi cabaran dalam kerjayanya). Tanpa disangka-sangkanya pula, Cam muncul dengan sebentuk cincin tunang yang bergemerlapan, mengucar-ngacirkan keputusannya untuk berpindah! Suami vs. kerjaya. Baju kahwin Vera Wang vs. baju seksi untuk berdating. Alangkah indahnya kalau dia tak perlu buat pilihan. Kalau boleh, dia hendak semuanya!
Tentulah dia tak percaya dia mampu untuk dapat semuanya.
Tiba-tiba sahaja hidupnya berubah seolah-olah ada dua dunia buat dirinya itu. Apabila dia terjatuh lena dalam salah satu dunianya, bila terbangun semula, dia sudah berada di dunia yang satu lagi. Apa lagi yang dimahukannya? Kedua-duanya dia merasa. Betul, kan?
Novel ini akan membuat anda mahu menyelak setiap muka surat untuk mengetahui apa akan terjadi kepada Gabby. Aku vs Aku akan membuat anda berfikir-fikir akan keadaan yang mungkin pernah anda juga alami!