
(KARANGKRAF) BELAJAR BIAR BETUL [RAK 25]
Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kerajinan sahaja tidak mencukupi, tetapi paling penting, kemahiran dan teknik belajar yang betul. Tidak ada gunanya belajar berhari-hari, bejam-jam, tetapi tiada satu pun yang masuk di kepala.
Sebenarnya, ada 1001 strategi yang boleh digunakan oleh para pelajar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran. Setiap mata pelajaran mempunyai teknik yang tertentu untuk dikuasai. Subjek membaca, contohnya mempunyai teknik yang berbeza berbanding subjek mengira. Pelajar perlu tahu teknik belajar yang betul untuk setiap mata pelajaran.
Formulasi yang terhasil dalam BELAJAR BIAR BETUL ini lebih bertujuan untuk membantu para pelajar menguasai subjek membaca. Pembelajaran cara ini ternyata lebih menyeronokkan dan berjaya menarik perhatian pelajar untuk meneruskan pembelajaran.