(ITBM) Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua [RAK 58]
Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua cuba memberi keadilan kepada Mek Mulung, sebuah seni teater tradisional Melayu yang sarat pelbagai elemen simbolisme serta aksi dramatik yang kaya estetika tersendiri. Ia asasnya berfungsi untuk tujuan pengubatan dan penghormatan kepada leluhur atau roh nenek moyang beberapa generasi sebelumnya, dengan kepercayaan bahawa amalan itu mampu melindungi pewaris daripada gangguan alam dan kuasa ghaib. Bagaimanapun, senario mistik kini tidak lagi relevan, sekali gus berisiko membunuh kelangsungan seni persembahan warisan Kedah Tua ini. Antara kepercayaan supernatural dan estetika persembahan, antara tujuan dan teladan, Mek Mulung hakikatnya adalah sebuah kesenian rakyat untuk rakyat, simbol tamadun budaya masyarakat Kedah Darul Aman, atau disebut hikayatnya, Negeri Cahaya Bulan.