(GAPENA) Menulis Cerita Ini Pekerjaan Gila [RAK 65]
RM 28.00
×
×
Mendokumentasikan 15 karya pemenang Sayembara Penulisan Cerpen 50 Tahun GAPENA daripada ahli badan kerabat GAPENA. Gabungan penulis muda dan mapan dalam antologi ini memperlihatkan kesetaraan dari segi mutu walaupun berbeza dari segi subjek. Pengalaman, pengetahuan, dan perspektif masing-masing diadun secara artistik bagi menyampaikan mesej yang konstruktif. Muatan daripada pelbagai perspektif dan budaya ini berupaya memperkaya pengetahuan dan mempertingkatkan rasa empati dan simpati pembaca. Tampaklah bahawa satera masih berfungsi sebagai penyalur rasa kemanusiaan dan membenihkan sifat manusiawi yang jernih dan murni.